Mohd Nazri

Lelaki, Puluhan tahun?

Beratap Langit Berlantai Bumi, Malaysia

aku menulis bukanlah kerana merasakan diri sudah cukup bagus. blog ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi diri aku. aku hanyalah insan yg lemah, yg masih belajar dan berusaha menjadi yg lebih baik. blog ini hanyalah sekadar perkongsian. jika ada salah dan silap dalam penulisan, tegurlah. semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

Visit My Blog :
=>bilanazberfikir.blogspot.com
=>personal-naz.blogspot.com
=>BakalMeninggal.blogspot.com
::
Start
Windows 8™ by nazri
Shutdown

Navbar bawah

Search This Blog

Monday 17 November 2014

Aku Arjuna Al-Quran

 ***
Air di singki ditutup.

Aku mengelap pinggan mangkuk yang dicuci abang tadi.

“Bang, adik dah siap.”

Abang aku tersenyum.

“Bagus. Kita kemas rumah pula. Jom! Lepas kemas rumah, abang nak beritahu satu projek rahsia!”

Aku teruja nak tahu. Bersungguh-sungguh aku kemas rumah hari tu. Bersemangat.

Itulah abang aku. Darjah 6. Aku baru darjah 4. Kehidupan kami seharian dalam kitaran yang sama. Balik sekolah, tolong ibu kemas dapur selepas makan. Lepas dapur, kemas rumah pula.

Pergi dan balik sekolah berjalan kaki. Sekolah taklah jauh dari rumah. Ada lah dalam 15 minit.

Ibu. Ibuku sejak tahun lepas, kesihatannya merosot. Kata doktor, jantung ibu lemah. Dalam rumah, hanya ada kami empat beradik. Aku, abang aku dan dua adik perempuan yang masih kecil.

Ayah. Aku tak tahu banyak mengenai ayah. Tiga tahun lepas, ayah menghilang. Ibu ditinggalkan begitu saja. Digantung tidak bertali. Aku tidak mengerti. Namun, apa yang ku amati, ibu berlinang air mata tiap malam. Namun, di siang hari ibu tabah berdiri seolah tiada apa yang terjadi. Duka disembunyi. Mungkin itu yang membuat ibu sakit sendiri. Kadang-kadang, aku mahu membenci ayah. Namun, ibu menyematkan di hati kami, “Ayah seorang yang baik hati.” Aku makin tidak mengerti. Mungkin suatu hari. Kata ibu, “masalah orang dewasa tidak mampu difahami dengan baik oleh budak-budak.”

Kerja ibu tidak sehebat ibu-ibu yang lain. Ibu hanya mengambil upah menjahit dan tempahan kuih-muih tradisional. Mujurlah ada sedikit kemahiran. Itupun ikut musim. Kadang-kadang tak ada langsung pelanggan. Ibu bukannya ada kedai. Bukannya ada laman sosial berniaga online.

Ibu tak larat nak jalan jauh. Dia cepat mengah. Kami ke sekolah sendiri-sendiri. Kadang-kadang, terasa juga iri hati dengan kawan-kawan. Ibu bapa hantar dengan kereta. Besar-besar pula tu kereta. Tapi, abang aku selalu memujuk hati ini.
Kata abang,

“Buat apa nak naik kereta, sedangkan Allah kurnia pada kita kaki untuk berjalan dan berlari? Syukur, rumah kita tidak sejauh mereka.”

“Kalau hujan, macam mana?”

“Kalau hujan, payung kan ada.”

“Kalau kasut basah, macam mana?”

“Kalau takut kasut basah, kita tanggalkan, letak dalam beg. Pakai selipar. Sampai sekolah, tukar.”

Aku selalu banyak bertanya. Tapi, abang aku tenang sentiasa. Ada saja jawapannya.

Pernah sekali aku ke sekolah, ada kawan curi-curi bawa ipad. Sibuk bermain games dengan kawan-kawan. Aku hanya mampu meneguk air liur. Nampak menarik. Mahu saja aku bertanya harganya. Namun, kawan terlebih dahulu maklumkan harganya mencecah ribu ringgit. Aku hanya melihat dari jauh. Nak minta cuba, malu. Nak minta sentuh, takut rosak. Aku tak ada duit nak ganti balik. Kadang-kadang aku tak faham, kenapa orang yang ada benda-benda macam ni sengaja nak menunjuk-nunjuk? Tak sedarkah aku yang serba kekurangan, tiada harta ini terasa sampai ke lubuk hati?

Sambil berjalan balik dari sekolah, aku tanya abang. Abang kata,

“Kenapa adik nak tertarik dengan benda tu? Hanya games. Bila adik main games, agak-agak adik ingat tak benda sekeliling? Adik akan lupa waktu berjalan. Adik akan lupa kerja-kerja rumah, bertangguh kerja sekolah, apatah lagi bersolat. Adik akan mula mengeluh bila disuruh bantu ibu. Mula marah-marah bila diganggu. Bahkan, di permulaan untuk beli benda tu sahaja sudah memaksa ibu memerah keringat siang dan malam. Mungkin dua tiga bulan bersengkang mata. Hanya untuk puaskan hati adik main games. Itu yang adik nak?”

Aku sebak. Terkenang ibu bersusah payah untuk kami. Rasa bersalah menyelubungi.

“Baik, bang. Kita main bola sajalah. Nanti boleh jadi hebat dan kaya macam Ronaldo. Nanti boleh tolong ibu, kan?”

Abang aku tersenyum. Angkat ibu jari.

**
“Abang, apa projek rahsia tu? Nak tahu!”

Abang duduk bersila di hadapanku.

“Sabar, boleh? Nak beritahulah ni.”

Kami duduk di bawah pokok rambutan yang merendang di hadapan rumah. Senja petang. Angin yang bertiup perlahan mendamaikan. Menyegarkan tubuh kami yang tadi sedikit keletihan.

“Dekat sekolah tadi, ustazah mengajar kelas abang satu benda ni. Menarik.”

Aku menggosok hidung sendiri yang tak gatal.

“Menarik? Tentang apa, bang?”

“Tentang hadiah terbaik buat ibu dan bapa.”

Abangku tersengih melihatku. Sekilas, dia memandang ke langit biru. Aku menanti bait-bait katanya.

“Hadiah terbaik. Bukan duit atau kekayaan. Bukan rumah besar atau kereta besar. Bukan result cemerlang kalahkan semua orang. Bukan kerja best mendabik dada. Bukan pangkat tinggi disanjung dunia. Itu semua duniawi. Hadiah yang hanya mampu memuaskan dan menggembirakan mereka untuk waktu sementara. Ada hadiah yang lagi best tahu tak?”

Abangku berdiri. Mencekak pinggangnya.

“Wah, apa dia, apa dia?!”

Abangku tersengih menampakkan giginya yang tidak tersusun.

“Hadiah itu adalah Al-Quran!”

Aku berkerut kening tidak memahami.

“Maksud abang? Kita belikan Al-Quran dan hadiahkan pada ibu ayah?”

Abangku menggelengkan kepala.

“Salah!

Kita kuasai Al-Quran. Kita belajar Al-Quran. Kita fahami Al-Quran. Kita amalkan hidup cara Al-Quran!

Inilah hadiah yang paling besar, bermakna dan bernilai kepada ibu dan bapa kita. The best mengalahkan segala hadiah yang paling best atas muka bumi ni. Paling best di dunia sampai ke akhirat. Sangat best sehingga membawa ibu dan ayah ke Syurga bersama-sama!”

Aku berdiri sama.

“Maksud abang, dengan Al-Quran, kita boleh happykan ibu kembali?”

Abang memegang kedua-dua bahuku.

“Ya, dik. Abang yakin. Kita kuasai ilmu Al-Quran dulu. Bila kita kuasai ilmu tu, kita fahami dan kita buat ikut betul-betul macam dalam Al-Quran, abang yakin, Allah akan sayang kita. Bila Allah dah sayang kita, Allah akan makbulkan doa kita. Allah akan jaga orang-orang yang kita sayang. Abang yakin, dik. Abang yakin!”

Aku sebak.

“Lepas ni, ibu akan sihat dan tersenyum kembali? Semuanya akan pulih sihat seperti sediakala? Ibu takkan menangis sorang-sorang di malam hari lagi? Takkan menitiskan air mata sewaktu membasuh beras sediakan nasi untuk kita makan lagi?”

Abang mendakap hiba diriku. Seraya berkata penuh semangat.

“Ya, dik. Benar. Insya-Allah. Ustazah kata suruh yakin pada Allah. Kita arjuna-arjuna ibu. Hero-hero yang melindungi ibu. Bila kita yakin pada Allah, dunia yang menyedihkan dan menakutkan ini tidak mampu menggoncangkan hati kita. Ustazah kata, ‘orang yang disebutkan nama Allah lalu bergetarlah hati mereka, orang itulah arjuna dan hero yang sebenar!’

Mari dik, kita pergi belajar Al-Quran. Kita tak pandai sangat Al-Quran. Ibu pun tak begitu arif ilmu Al-Quran. Sebab itu, ibu suruh kita pergi sekolah untuk belajar. Tapi, tak pandai-pandai juga. Baca pun tergagap-gagap lagi. Kali ni, kita kena usaha lebih sedikit. Kita cari tok guru Al-Quran. Kita belajar betul-betul. Lepas dah pandai baca, kita hafal Al-Quran sampai habis. Sambil hafal, kita cuba fahami maknanya. Kita cuba buat sikit-sikit apa yang kita mampu buat. Ikut yang Allah suruh. Abang optimis, suatu hari kita akan berjaya jua akhirnya. Ikhlaskan hati demi Allah.”

Aku berbisik perlahan.

“Bila kita nak mula projek belajar Al-Quran ni?”

“Minggu depan, kita tanya ibu dulu.”

“Baiklah. Adik setuju! Err, kita tak nak letak nama projek ni?”

Abangku berfikir sejenak.

“Abang namakan projek ni, projek ‘Arjuna Al-Quran!’”

Aku dan abangku gelak sama-sama. Dalam hati, ada tekad yang kuat. Semangat yang membara.

**

“Ibu izinkan.”

Kami melompat keriangan. Ibu siap beritahu lagi tempat untuk mengaji Al-Quran. Tak jauh. Perumahan sebelah saja.

Malam itu, ibu sakit kepala. Sakitnya datang lagi. Dadanya sesak. Aku dan abang membantu ibu, berikan ubat dan berbaring di sebelah ibu. Kami jaga ibu sama-sama.

Adik-adik yang lain telah lama tertidur di sebelah ibu jua.

Ibu mengusap-ngusap rambutku. Sekali-sekala, membelai rambut abangku. Sakit-sakit pun, ibu tetaplah ibu. Ibu disayangi kerana menyayangi. Biar ibu menderita dalam hati, tapi kasih pada kami tiada berkurang walaupun seinci.

Aku mendengar ibu bersuara perlahan.

“Ibu takkan selalu ada.”

Abangku meraih tangan ibu. Genggam.

“Jangan kata begitu, bu. Kami sentiasa doakan ibu panjang umur. Cepat sihat kembali.”

Ibu tersenyum perit.

“Walau ibu tiada. Tuhan ada.
Selama Tuhanmu ada, takkan engkau tercela.”

Aku cuba memahami kata-kata ibu. Terasa sebak dalam hati. Aku meraih tangan ibu sebelah lagi, mendakap kemas tangan itu.

“Maafkan adik, ibu. Adik banyak buat ibu terluka hati. Buat ibu marah.”

Ibu tak menyambung kata. Segera memeluk kami adik-beradik erat-erat. Menangis semahunya. Aku jua turut menangis. Abangku pun sama.

Sungguh, ayah tidak mengerti. Saat ayah tegar melukai. Saat ayah biarkan kami survive sendiri.

Saat ayah pergi, dalamnya duka dalam hati.

**

Petang Jumaat.

Ibu membekalkan empat biji karipap yang ibu buat sendiri kepada aku dan abang aku. Bersama air mineral sebotol seorang. Serta sebungkus gula.

“Bila lapar dalam perjalanan nanti, makanlah. Gula ni pula hadiahkan pada tok guru Al-Quran, ya. Ingat pesan ibu, salam cium tangan tok guru. Dengar teliti setiap perkataannya. Minta maaf cepat-cepat andai buat silap. Mata jangan melilau tengok ke dalam rumah orang.”

Aku dan abangku menyalami tangan ibu. Abang cium lama-lama tangan ibu. Minta kucup pipi ibu.

“Ibu, doakan kami. Kami nak jadi permata Syurga buat ibu. Kami ni arjuna ibu. Mahu jadi arjuna Al-Quran Allah.”

“Amiiin..”

Ibu senyum manis menghantar kami di tangga rumah.

Abang memimpin tanganku. Berjalan kaki sama-sama. Tidak segan-segan pegang tangan aku. Dia kata, dia abang. Tanggungjawab dia, jaga aku.

Dalam 20 minit lagi, kami akan sampai ke rumah tok guru. Terujanya. Inilah kali pertama dalam hidup, aku rasa bersemangat untuk menimba ilmu. Mungkin datang dari niat di hati. Rupa-rupanya, ikhlas itu sangat penting dalam memotivasikan kehidupan. Tanpanya, malas akan menguasai diri. Buat sesuatu kerana Allah memang berbeza kesannya.

Ya, kerana Allah. Setiap langkah ini jua kerana Allah. Nak menggembirakan ibu pun kerana Allah. Semuanya kerana Allah.

Kami sampai di jalan besar. Nak menyeberang ke perumahan sebelah. Jalanraya nampak agak sibuk. Abangku memegang erat tanganku.

“Pandang kiri kanan, ya. Jangan lepaskan tangan abang. Baca bismillah.”

Aku bisikkan perlahan basmallah. Membuntuti abangku melintas. Aku tak biasa lintas jalan besar. Agak kaget sedikit.

Lorong pertama jalan berjaya diseberangi. Sekarang, kami berada di tengah-tengah jalan. Abang menarik aku cepat-cepat melintas. Tiba-tiba, aku perasan karipap yang berada dalam plastik, yang tergantung pada beg sandang aku, terurai ikatannya. Terlucut di tengah jalan. Aku melepaskan pegangan tangan abangku. Cuba melangkah setapak ke belakang. Mencapai plastik itu balik. Penting bagi aku. Itu kan air tangan ibu.

Telingaku menangkap suara abangku melaungkan sesuatu.

BAMMM!!

Darah memercik ke serata tubuhku.

Aku lihat abangku terperosok di bawah tayar lori. Entah dari mana datangnya kenderaan itu. Seingat aku, tadi memang tak ada. Aku sendiri merasa pedih. Pandanganku kelam. Mengerling ke bahagian bawah badanku. Kakiku.


Kakiku tergilis sama. Remuk tiada berupa kaki lagi. Darah membuak keluar dari mulutku. Aku cuba mencapai tangan abangku. Longlai. Sehabis daya yang ada mencuba. Tanganku menggeletar hebat.

“Bang..bang..”

Tiada sahutan.

“Bang..bangun bang…bangun…kita kena bangun…kita nak jadi arjuna Al-Quran…”

Suaraku tersekat-sekat. Air mata mengalir hangat di pipi.

Wajah ibu silih berganti terbayang di mata. Akhirnya, kabur pandangan mata.

“Ibu…maafkan adik..”

**
Seorang ibu tua terduduk lesu di hadapan pusara dua liang lahad.

Di tangannya sebuah Al-Quran. Milik anak sulungnya.

Dibukanya. Tertulis ringkas di bahagian kulit dalam,

“Ibu, akan ku bahagiakanmu dengan Al-Quran…”

Air mata jernih gugur bertalu-talu. Hati retak seribu.

Dua hero ibu, benar-benar arjuna hati ibu.

Arjuna ibu hatta ke Syurga Firdausi-Mu.
Read More --►

Monday 29 September 2014

Apa Yang Dirasa


Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal “air mata” ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

 Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.


Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’.


Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu’ walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.


Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.


Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.


Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.


Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.


Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.


Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.


Iblis berkata:


“Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah)  di antara mereka.”

( Al-Hijr:)

Read More --►

Thursday 4 September 2014

KISAH TIGA BUDAK HITAM

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.


Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.
Read More --►

Tuesday 2 September 2014

Kisah Tauladan


Nelayan dan Pengawal Kerajaan Yang Zalim

Seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur, telah berjaya menangkap seekor ikan tetapi seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan itu dari tangannya dan memukulinya. Maka berkatalah Abu Jaafar, “Ya Tuhanku, Engkau menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Engkau mencipta dia dalam keadaan gagah perkasa, sehingga dia dapat menganiaya aku. Kuasakanlah dia pada satu makhluk dan jadikanlah dia sebagai pelajaran bagi semua kaum muslimin.”

Setelah pengawal kerajaan itu tiba di rumahnya, dia mengoreng ikan itu. Ketika dia meletakkan ikan itu di atas hidangan, duri ikan itu tiba-tiba menyengatnya dengan izin Allah SWT tangan yang tertusuk duri ikan itu bertambah parah dan ulat memakan tangannya. Dia tidak tahan lagi dan terpaksa tanga itu harus dipotong tetapi ulat itu malah menjalar ke lengannya dan terpaksa dipotongnya pula. Kemudian dia tidur dan bermimpi seseorang mengatakannya kepadanya, “Kembalikan hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini.”

Setelah dia terbangun, barulah dia menyedari mengenai ikan yang dirampas dari Abu Jaafar. Maka datanglah dia menjumpai Abu Jaafar dan memberinya sepuluh dirham dan meminta halal kepadanya. Ketika Abu Jaafar menghalalkannya, maka berjatuhanlah ulat itu dari tangannya yang terluka dan kembalilah tangan itu sembuh seprti sediakala dengan kekuasaan dan izin Allah Taala.

Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah di atas, di antaranya ialah jangan merasa diri kita besar atau bangga diri serta boleh mengambil kesempatan ke atas diri orang yang lemah. Kebanyakan orang zaman sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain disebabkan akan kuasa yang mereka miliki. Selain itu janganlah kita menzalimi orang yang lemah kerana perbuatan itu ibarat menzalimi diri kita sendiri. Hal ini kerana setiap perbuatan yang zalim itu mendatangkan dosa….

Sabda Nabi S.A.W

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]
Read More --►

Monday 1 September 2014

Tips Menggunakan Antivirus Kaspersky Percuma Seumur Hidup

Cara membuat Antivirus anda (kaspersky) hidup sepanjang hayat secara PERCUMA!!

Siapa disini yang minat dengan antivirus Kaspersky? Tidak kiralah sama ada KAV or KIS, mana-mana pun boleh dan yang penting dari kasperky lab.

Ada yang berminat?
Jika ada, disini ada 1 berita gembira untuk anda. Selama ini anda menggunakan antivirus tersebut dengan key yang anda beli atau anda cari di internet?? Jika beli memang xmahal mana pun, lingkungan RM50 sahaja. Saya bukan tidak mampu nak beli, tetapi cara ini memudahkan saya sahaja. hehe.. siapa yang tak mahu jika percuma kan?

Tidak perlu risau, cara yang cukup mudah supaya anda boleh menggunakan Kaspersky seumur hidup secara percuma. Kini tidak perlu crack, tidak perlu patch. Cuma sedikit keberanian bermain dengan local machine sahaja.

Caranya sudah saya siapkan didalam 1 notepad, panjang juga nak paste kat sini, jadi kalau dalam notepad, anda boleh simpan dan gunakan lagi pada masa akan datang. Ini kerana anda memerlukan tips ini untuk selama-lamanya. Jadi anda download dan simpan ditempat yang mudah untuk dicari.

Tips ini juga dalam bahasa Melayu, mudah untuk difahami. Jadi nak cuba?? Dapatkan tips tersebut di www.tips-percuma.4kit.net. Saya kumpul pelbagai tips disana. Anda perlu masukkan nama dan alamat email anda disana. Selepas anda mengesahkan alamat email anda, barulah link download diberikan.

Saya harap ianya membantu anda semua. Semoga berjaya ya.. Best Collection dari Team 4Kit.Net.
Read More --►

Modern Combat4 zero hour (games java)

Assalamu'alaikum sahabat blogger semua.?
Alhamdulilah nih sahabat, setelah sekian lama saya tidak update, akhirnya saya leh update kembali.

Oke sahabat Dalam pertemuan kali ini, saya share Modern Combat4 zero hour (games java). Yang pastinya enjoy untuk kita mainkan sahabat.
Langsung saja bagi yang berminat silahkan download gamesnya sahabat.


mc4.jpg


ModernCombat4 zero hour 128x128.jar

ModernCombat4 zero hour 128x160.jar

ModernCombat4 zero hour 176x208.jar

ModernCombat4 zero hour 176x220.jar

ModernCombat4 zero hour 240x320.jar

ModernCombat4 zero hour 240x400.jar

ModernCombat4 zero hour 320x240.jar

Demikian postingan saya kali ini sahabat. Semoga bermanfaat.
Wassalamu'alaikum
Read More --►

Games Java IronMan 3

Assalamu'alaikum.
sahabat Blog.. Moga dalam keadaan sehat selalu.

Oke sahabat.. Hari ini sy nak share Games Java IronMan3 (jar). Games terbaru dari Gameloft.


iron-man3-1.jpg

iron-man3-2.gif

iron-man3-3.gif

iron-man3-4.gif


Silahkan yang berminat leh langsung download dibawah ini.

IronMan3 128x128.jar
IronMan3 128x160.jar
IronMan3 176x220.jar
IronMan3 240x320.jar
IronMan3 320x240.jar

Demikian postingan kali ini.
Wassalamu'alaikum..
Read More --►