Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah
pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol.
Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan
penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang
ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun
membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang
amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata "
Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah
terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku
telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku
dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku
tunaikan permintaanmu"
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya
terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk
menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama,
" Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi
putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya.
Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam
kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah
aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada
budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu
pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun
berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga
pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih
putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin pun
berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah
yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang
mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun
berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang
dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal
hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka
tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap
dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia.
Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan
mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang
lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia
sendiri.
No comments:
Post a Comment