Mohd Nazri

Lelaki, Puluhan tahun?

Beratap Langit Berlantai Bumi, Malaysia

aku menulis bukanlah kerana merasakan diri sudah cukup bagus. blog ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi diri aku. aku hanyalah insan yg lemah, yg masih belajar dan berusaha menjadi yg lebih baik. blog ini hanyalah sekadar perkongsian. jika ada salah dan silap dalam penulisan, tegurlah. semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

Visit My Blog :
=>bilanazberfikir.blogspot.com
=>personal-naz.blogspot.com
=>BakalMeninggal.blogspot.com
::
Start
Windows 8™ by nazri
Shutdown

Navbar bawah

Search This Blog

Saturday 30 August 2014

Bagaimana untuk menambah Syntax Highlighter


Manusia sukakan warna. Manusia suka benda yang mempunyai pattern yang tersendiri. Dan sebagai programmer, kita dah biasa menggunakan text editor yang mewarnakan text-text tertentu dengan warna yang tertentu. Ini adalah bagi memudahkan kita mengenal konteks code di dalam barisan kod di program kita. Jadi, tengok sekali lalu pun dah tau, yang mana komen dan yang mana variable. Betul betul?
Jadi, konsep yang sama kita nak ada di blog apabila kita ingin berkongsi kod pengaturcaraan kita. Jom kita bandingkan, kod program yang sama tetapi ditampilkan tanpa syntax highligter dan dengan syntax highlighter.

Tanpa Syntax Highlighter

using System;
class Testing
{
static void Main()
{
int jumlah = 5 * 10;
Console.WriteLine (jumlah);
}
}

Dengan Syntax Highlighter

Amacam, cantik tak yang ada syntax highlighter. Lebih mudah dibaca kan. Nak tak saya tunjukkan caranya untuk blog WordPress anda pun ada syntax highlighter sebegini?

Bagaimana untuk menambah Syntax Highlighter

Untuk menambah Syntax Highlighter di WordPress adalah amat mudah. Install plug-in bernama Crayon Syntax Highlighter.

0 comments: