Mohd Nazri

Lelaki, Puluhan tahun?

Beratap Langit Berlantai Bumi, Malaysia

aku menulis bukanlah kerana merasakan diri sudah cukup bagus. blog ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi diri aku. aku hanyalah insan yg lemah, yg masih belajar dan berusaha menjadi yg lebih baik. blog ini hanyalah sekadar perkongsian. jika ada salah dan silap dalam penulisan, tegurlah. semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

Visit My Blog :
=>bilanazberfikir.blogspot.com
=>personal-naz.blogspot.com
=>BakalMeninggal.blogspot.com
::
Start
Windows 8™ by nazri
Shutdown

Navbar bawah

Search This Blog

Saturday 30 August 2014

Elakkan Blog dari Terlalu Fancy dan Lembab



Antara fancy dan speed, kalau kena pilih salah satu, mana yang korang lebih prefer?
Blog atau website yang fancy mancy, ada rose petal yang turun bagaikan hujan, cursor yang bagaikan magic wand barbie serta pelbagai widget yang bergerak-gerak tetapi berat (rasa mcm berat je bila nak scroll up and down), ada graphic joget-joget disebelah dan live traffic feed (yang panjang tu)
-vs.-
Blog and mudah nak scroll dan navigate tetapi design nye kurang fancy (still ada proper design cuma benda yang gerak2 tu dah dikurangkan).


Cuba tanya soalan ini kepada hati kecil anda secara jujur dan bayangkan anda adalah seorang pengunjung blog itu yang setiap dua hari anda pasti datang dan baca entri-entri yang baru. Cuba anda bayangkan yang rose-rose petal tu dah mula distract perhatian anda ketika anda nak baca artikel-artikel baru. Dan cuba anda bayangkan anda terpaksa bersabar untuk ‘terdelay’ fraction of second untuk setiap kali anda scroll ke atas dan bawah.
Pada saya, lagging atau delay ni amat mengganggu. Mungkin kerana apabila saya masuk ke blog orang, pada dasarnya saya nak baca benda baru. Sebab most of the time, saya masuk ke blog orang melalui Google. Dengan kata lainnya, saya tengah mencari sesuatu info. Jadi bila saya dah masuk ke blog tu tetapi nak scroll rasa berat dan full of distraction kiri dan kanan, saya jadi kurang sabar. Sebab saya nak info bukan tengok salji gerak-gerak atau awek joget. ^_^
Tapi saya faham, citarasa manusia lain-lain. Saya mungkin jenis yang macam ni dan anda pula totally the opposite. Apa-apa pun tiada salahnya. Bagi saya, setiap perbezaan antara kita menambahkan warna-warni kehidupan. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini, sekiranya anda adalah blogger yang cintakan benda-benda yang fancy dan berat tu, ketahuilah yang orang seperti saya masih wujud. Who knows orang itu mungkin boleh menjadi prospek/customer anda tetapi decide untuk pergi ke blog orang lain sebab tak tahan dengan distraction dan keberatan blog anda (ouchy).
Sejujurnya, saya menyokong idea ‘make up’ blog. Macam mat-mat kereta ni make up kereta mereka juga, tiada yang salah asalkan dibuat dengan cara yang betul dan selamat. Malah, makeup blog yang elok juga memberi impak yang amat positif kepada blog anda. Ia menjadikan blog anda bersifat lebih peribadi dan unik. Jangan hairan kalau ada antara blogger cute miut tu, bayar RM300 – RM500 hanya untuk template blog yang unique baginya.

Cuma cadangan saya, jangan terlebih make up sampai jadi terlalu berat (perlu diingatkan, bukan semua orang ada computer yang power). Jangan sampai make up tu overshadow kandungan blog tersebut. After all, content is always the king.

Giliran Anda:


Bersetuju dengan pandangan di atas. Atau tersentap dan tidak bersetuju dengan pandangan peribadi penulis di atas? Apa kata anda lontarkan pandanga tersebut di kotak komen supaya kita semua boleh memperoleh manfaat. Insya-Allah.

0 comments: